Monday, July 27, 2015

Miskin atau Kaya


MISKIN atau KAYA, rezeki itu dari Allah...bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik rezeki seseorang dan bila-bila masa jugalah Allah boleh beri rezeki yang melimpah ruah kepada seseorang. Jika hari ini kita sombong/ego/bongkak dengan apa yang ada, tak mustahil Allah akan tarik segalanya dalam sekelip mata.

Biar saya hidup tak kaya seperti orang lain, tapi saya tak perlu malu untuk terlihat miskin. Apa yang saya ada hari ini, adalah hasil daripada apa yang telah saya bersusah payah/berusaha selama ini.Bukannya hidup goyang kaki berpeluk tubuh, mengharapkan segalanya datang bergolek-golek di depan mata...Yg penting berusaha, buat amalan, berdoa kepada DIA, dan yakinlah DIA pemberi rezeki.
Ermm, dah terlintas bercakap pasal Miskin atau Kaya ni..korang semua ingat lagi tak pasal 5 perkara sebelum 5 perkara? Jom kita Manfaatkan 5 perkara sebelum 5 perkara:
[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)

Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, maksudnya: “Lakukanlah ketaatan ketika dalam kondisi kuat untuk beramal (yaitu di waktu muda), sebelum datang masa tua renta.”

Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, maksudnya: “Beramallah di waktu sehat, sebelum datang waktu yang menghalangi untuk beramal seperti di waktu sakit.” 

Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, maksudnya: “Manfaatklah kesempatan (waktu luangmu) di dunia ini sebelum datang waktu sibukmu di akhirat nanti. Dan awal kehidupan akhirat adalah di alam kubur.”

Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, maksudnya: ”Bersedekahlah dengan kelebihan hartamu sebelum datang bencana yang dapat merusak harta tersebut, sehingga akhirnya engkau menjadi fakir di dunia maupun akhirat.”

Hidupmu sebelum datang kematianmu, maksudnya: “Lakukanlah sesuatu yang manfaat untuk kehidupan sesudah matimu, karena siapa pun yang mati, maka akan terputus amalannya.”


#rezekiitumilikAllah
#Allahpemberirezeki


Dari Mata Pena Ku;

Sunday, July 26, 2015

Adab Suami ketika Isteri Mengandung



Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 

Jika tadi telah saya kongsikan Tips untuk Mudah Bersalin Normal, Tapi masih ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung:

1) Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2) Hendaklah berlaku jujur & setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3) Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4) Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak terhadap isteri.

5) Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, " La ila ha illa anta subhanaka inni kun tum minadzolimin"

Maksudnya: "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim"

6) Suami hendaklah kerap melakukan solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.

Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah untuk menjaga hati para isteri. Pastikan emosi isteri tidak terganggu dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan keadaan dirinya dan juga kandungannya. Jangan biarkan isteri anda berada dalam tekanan. Sentiasalah gembirakan hati isteri dan jaga emosinya. Kerana emosi isteri yang terganggu akan memberi tekanan juga kepada kandungan.


Dari Mata Pena Ku;

Saturday, July 25, 2015

Tips untuk Mudah Bersalin Normal


Ibu hamil mesti risau nak bersalin tambah lagi untuk kehamilan baby pertama kan? Sebab masih belum ada pengalaman lagi. Saya sendiri pun, walaupun dah masuk kehamilan yang kedua masih juga ada rasa risau dan bimbang bila memikirkan detik-detik untuk melahirkan baby. Oleh itu, jom amalkan tips berikut. Antara tips khas untuk ibu hamil yang perlu diamalkan..
  1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung dan lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan 
  2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan. 
  3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan 
  4. Isteri mohonlah keampunan & kemaafan dari suami di atas segala dosa & kesalahan. Bagi suami, maafkanlah semua dosa isteri. 
  5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah. 
  6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan. 
  7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu. Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku. 
  8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang. 
  9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar. 
  10. Gunakan teknik meneran yang betul seperti yang disarankan oleh Doktor 
  • Angkat kepala, dagu cecah dada.
  • Mata pandang perut.
  • Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali).
  • Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat.
  • Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.
  • Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas uols. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas. Then sambung teran, tiap kontraksi try 3 kali. Time kontraksi je push sebab time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa...ada kontraksi terus push macam cara2 kat atas tadi, tak ada kontraksi relaks...
  • Baca Bismillah, selawat, berzikir.
  • Tips Tambahan: Kongsi tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan uols. Mungkin masa tu anda akan terlupa kerana sibuk tahan sakit...kawan saya cakap memang dah tak ingat apa dah kalau masa dalam labour room tu, taunya nak baby keluar cepat jer... Bila husband dah tau senanglah dia memberi panduan or buat apa2 yang patut kan? Lagi2 kalau husband tu dah ada experience few times before this...

Pemakanan ibu hamil sangat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan kesihatan ibu juga. Selain itu, boleh juga diamalkan Doa Maryam ini supaya dipermudahkan bersalin nanti, Inshaa Allah.


Tips:
Amalkan setiap kali selepas solat.
Doa ini lebih mujarab jika bakal ibu sendiri amalkan.
Baca dengan penuh penghayatan dan yakin dengan Allah SWT.

Selain itu juga, boleh diamalkan Doa di bawah ini supaya mudah bersalin secara Normal.


Jangan lupa untuk sentiasa berzikir, berdoa dan memohon kepada DIA yang maha Esa. Minta dipermudahkan segala urusan dan selamat semuanya. Inshaa Allah.


Dari Mata Pena Ku;

Friday, July 24, 2015

Bercuti Bersama Family Ke Langkawi Mac 2015

Hari tu cuti sekolah masa bulan Mac, saya dan family bercuti ke Langkawi sebab cousin kahwin. Kendurinya 17 Mac so kitorg decide untuk pergi Langkawi pada 15 Mac. Almaklumlah 17 Mac tu kan hari pertama LIMA’15 Langkawi.
Orang memang lah terlalu ramai di Jeti Kuala Perlis. Masing- masing ada yang pergi untuk LIMA’15 Langkawi sebab saya tengok mereka lengkap berpakaian seragam dan membawa bersama pakaian khas mereka. Kami dapat feri pukul 4.30 ptg, so Alhamdulillah sampai Jeti jer terus naik feri.
Sampai di Kuah Langkawi pada pukul 5.15 ptg. So tunggu kawan husband untuk ambik kereta sewa. Kereta sewa memang condition tiptop. Harga RM150 sehari masa peak season. So total bayar kereta sewa RM300 untuk 3 hari 2 Malam. Sorry tak dapat nak share nombor phone pemilik kereta sewa sebab husband yang deal dengan orang tuh. Pemilik kereta pun ok dan baik orangnya.
Lepas tu kitorg pun round2 area Pantai Cenang dulu sebelum check in Guest House yang saya dah booking. Saya booking BNZ Guest House di Kuala Teriang so dekat sikit la nak ke rumah kenduri, cuma 5 minit jer. Mesti korang Semua nak tengok kan keadaan Guest House yang kitorg duduk tu…


Tadaaaa inilah BNZ Guest House. Boleh laa duduk utk 3 kanak-kanak dan 2 Dewasa. So saya, husband dan annisa tido di bawah dan 2 orang lg anak tido di atas.  Tapi crowded sikit laa kan sebab 5 orang tapi nasib baik laa anak-anak masih kecik belaka. Kalo anak dah besar, memang kena sewa bilik sebelah ler.


Ok harga untuk BNZ Guest House RM100 untuk 1 malam pada peak season.  Boleh hubungi nombor telefon yang tertera pada gambar di atas untuk booking (012-591 2338). Owner memang baik sangat. BNZ Guest House ni berdekatan dengan Kedai Makan. Kedai Makan Mee Kuah Udang Lipan cuma terletak di belakang BNZ Guest House je, Jalan kaki tak sampai 5 minit pun. Untuk sarapan pagi, boleh la menyeberangi Jalan besar (utama), terdapat kedai makan di tepian sungai yang menjual pulut ayam, roti canai dan juga ada goreng2. Memang senang juga laa bab-bab nak dapat makan kat area situ.
Sebelah malam pula boleh laa ke area Pantai Cenang dan Pantai Tengah, memang banyak pilihan kedai makan dan boleh juga spend masa untuk shopping di area situ.  Saya dan suami memilih untuk makan malam di Restoran Maya Pantai Tengah atau nama betulnya Maya Seafood Restaurant (Thai & Malay Cuisine). Kenapa suami saya memilih Restoran Maya adalah kerana owner Restoran Maya adalah kawan sekolah suami, so dapatlah jejak kasih dengan kawan-kawan sekolah dia.



Kami tidaklah berjalan-jalan sangat di Langkawi kerana tujuan asal menghadirkan diri ke majlis kenduri kawin sepupu saya. Tapi dapatlah juga bawa anak-anak tengok Cable Car, Harbour Park, Main-main pasir di Pantai Cenang (Malam) & Pantai Tengah (Siang).

 

Kebetulan masa kami ke Langkawi tengah berlangsung LIMA’15, so memang setiap pagi dan petang dapatlah kami lihat jet-jet pejuang melakukan latihan sebelum bermulanya LIMA’15 Langkawi yang dijadualkan pada 17 Mac (perasmian). Kami pulang ke Perlis dengan Feri pada pukul 7 petang 17 Mac. Walaupun tidak ke mana sangat tapi Alhamdulillah rasa happy juga dapat bawa anak-anak bercuti. Lepas ni mungkin boleh plan bercuti ke tempat lain pula.



*baru sempat nak update hehe....
 

Dari Mata Pena Ku;
  

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua..



Rasanya masih belum terlambat lagi kan untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin & muslimat :) kita pun masih di bulan Syawal lagi kan..tak silap hari ni dah Hari Raya Ke-7..Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk menyambut Syawal bersama keluarga yang tercinta. Moga tahun hadapan kita dapat bertemu lagi dengan Ramadhan & juga Syawal.

So macam mana sambutan raya uollss tahun ni? Saya tahun ni rasa happy sangat sebab suami dapat join beraya bersama-sama keluarga saya. Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Syukur kerana setiap doa saya didengari oleh yang Maha Esa. Moga tahun-tahun seterusnya lebih happy dan bahagia bersama-sama keluarga. Syawal 2015 ni saya memilih tema warna Hijau. Asalnya nak warna Emerald Green tapi jadi hijau lain ler plak kan...Tapi janji sedondon kan...


Nasib ler sempat selfie & wefie bersama anak-anak sebab selepasa tu dah lupa nak ambik gambar, sibuk beraya...makan sambil borak..itu yang takda gambar dengan husband & satu keluarga..


Dari Mata Pena Ku;
  

Thursday, July 9, 2015

Tips untuk 10 malam terakhir Ramadhan


1. Tak kire betapa buruk atau baiknya Ramadhan anda, 10 malam terakhir kenalah kita buat yg terbaik.
2. Dengar atau baca alquran terutama surah AlQadr.. malam 10terakhir akan adanya malam Lailatulqadar
3. Pilih tempat yg terbaik utk beribadat samada rumah atau masjid. Jangan berbaring dgn bantal sebab takut terlena.
4. Tutup hphone, laptop, ipad dsb
5. Kalau bersendirian, baca alquran dengan kuat supaya telinga dan hati akan bersama2 membaca. Kalau ramai, baca seadanya
6. Perbanyakkan dan lamakan sujud supaya lebih berdoa... menangislah kpd Allah swt supaya mendapat berkah dunia dan akhirat
7. Perbanyakkan doa... mintalah yg baik2 utk kehidupan kita yg akan datang.. mintalah apa yg anda mahu dan jangan malu2 kerana anda sedang meminta dari Allah Yang Maha Kaya... mintalah secara specific seperti nak pergi Haji, Anak yg soleh,....
8. Perbanyakkan solat taubat utk memohon keampunan daripdanya diatas segala kelalaian dan kesilapan yg kita telah lakukan.. bertaubat tidak mahu buat lagi perkara2 mungkar tersebut
9. Baca dan hafal doa utk bertemu dengan Lailatulqadar... Allahumma innaka 'afuwwun tuhibb al-'afwa fa'affu'anni.... Ya Allah, Kaulah Maha Pengampun dan Pemberi Ampun maka ampunkanlah aku...
10. Mohon kpd Allah swt utk memberi kamu malam Lailatulqadar dan menerima segala ibadat kamu....

Jika anda rasakan ia tips yg bagus, amalkanlah ia dan sharelah ia...


Dari Mata Pena Ku;
  

Tuesday, July 7, 2015

Resepi Miza: Ikan Singgang Perlis

Hari tu balik Perlis, rutin seperti biasa…keluar ke market bersama anak-anak. Pergi beli ikan kembung, tengok ada ikan kekek..so ape lagi, memang Balqis nak beli laa… Suka sangat dia dengan ikan kekek ni.

Sebelum saya balik ke KL, Balqis request nak makan ikan kekek. “Mama, adik nak makan ikan tu…mama masak laa ikan yang adik beli tu”…So dalam kepala saya memang fikir nak masak air je (bak kata org Perlis) atau pun dalam bahasa yg lebih mudah orang lain faham Masak Singgang Perlis Style. Haaa gitu uollss…alaaa masak rebus-rebus je..mmg simple dan cepat je siap. Teringat dulu-dulu masa saya kecik, memang inilah juga yang mak saya masakkan untuk saya dan adik-adik. Makan dengan nasi panas-panas & sambal belacan atau air asam, memang bertambah-tambah nasi banyak kali.

So kat sini saya share kan resepinya. Resepi ni memang dari saya sendiri. Mungkin uollss boleh cuba. Untuk ibu-ibu dalam pantang pun boleh juga, sangat sesuai…Boleh laa dimasukkan dalam senarai resepi ibu berpantang nanti kan.

Bahan-bahannya seperti kat bawah ni:
4-6 ekor ikan kekek
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
2-3 asam keping/asam gelugor
5-10 biji kacang bendi (ikut laa nak letak banyak mana)
3 gelas air (jika nak kuah banyak, boleh masukkan banyak air)
Garam secukup rasa.

*2-3 biji cili hijau kecil (org utara panggil cabai Melaka) – untuk cili ni siapa yang suka pedas boleh letak. Tapi saya tak letak sebab saya masak untuk anak-anak, takut pedas pula.
*Terpulang jika uollss nak menggunakan ikan jenis lain.

Cara-cara memasaknya pula:
  1. Ikan kekek dibuang perutnya & dicuci bersih darahnya. Kemudian di rendam beberapa ketika di dalam air perahan limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan.
  2. Setelah itu, hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Cuci asam keping. Serai di ketuk.
  3. Panaskan kuali dan masukkan air. Ikut kepada kehendak masing-masing, jika nak kuah banyak, boleh masukkan banyak air.
  4. Setelah air mendidih masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, halia dan serai yang telah diketuk (dititik).
  5. Kemudian, masukkan ikan kekek.
  6. Selepas itu masukkan kacang bendi dan asam keping. 
  7. Masukkan garam & perasa secukup rasa.
  8. Bila semuanya dah masak (kacang bendi jangan dibiarkan terlalu masak sehingga lembik/layu), boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Seperti biasa, saya belanjakan gambarnya. Inshaa Allah sangat mudah. Cepat di masak, cepat di makan. Selamat Mencuba!

Pssstt...ikan tu suami saya yang tolong siangkan. Kalo saya yang siang, memang lain sikit laa...


Dari Mata Pena Ku;

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...