Saturday, October 30, 2010

Mood Sedih :(

Hari ni aku jalani dengan penuh kesedihan dan air mata....
Hanya air mata yang menjadi peneman setia samada siang atau pn malam...
Hati yang terluka sukar utk ku cari penawarnya...


"Aku ini wanita biasa...bisa sakit luka kerana cinta...
Dingin sepi kerap menyapa...Air mata jatuh lukisan raga..."

Friday, October 29, 2010

Puting Beliung di Perlis

Semalam 28/10/2010 telah berlaku Putaran Angin atau dalam bahasa utara dipanggil Puting Beliung di kawasan Mata Ayer Perlis lebih kurang pada pukul 4.30 petang. Berikut adalah gambar-gambar yang diperolehi daripada kawan-kawan aku yang berada di Perlis. Hanya gambar dapat menceritakan segala-galanya...
Inilah kali pertama aku tengok angin puting beliung ni berlaku di Perlis sedasyat macam ni...Subhanallah...Peringatan buat diri sendiri dan juga semua...

Thursday, October 28, 2010

Lunch @ Taman Warisan

Baru-baru nih aku and the geng keluar lunch kat Taman Warisan, Presint 16 Putrajaya...Ni pun salah satu tempat makan fav kitorg semua sebab makanannya sedap dan harga juga berpatutan...Tengah hari tu aku makan bihun sup daging, amy makan bihun sup ayam, sidah pula makan bihun sup campur dan pizin makan nasi ayam kampung....Bihun sup dan Nasi ayam kampung ni memang sedappppp sangat :) Lagi satu, Roti john pun sedap jg...Sebelum balik kitorg beli bungkus roti john 4biji utk makan petang kt ofis...Kalo korang ke Taman Warisan tuh, silalah mencuba nasi ayam kampung, bihun sup & roti john....



Wednesday, October 27, 2010

Aku & Tol

Ada cerita lawak/kelakar pasal tol yg telah berlaku pada aku semalam....Alkisahnya mcm ni...

Semalam aku nak ke rumah kwn aku kat Puchong Perdana..So kalo dari Seri Kembangan nak ke Puchong Perdana tu aku kena melalui Tol Puchong Selatan RM1.60...On the way nak ke tol tu aku tengah memikirkan psl sorg kwn aku ni...dok pikir mcm mana aku nak susun ayat nak tanya kwn aku lagi sorg psl masalah kwn aku...aku pn masuk la tol, mcm biasalah kena que...dek kerana aku nih terlalu leka dok memikir (lbh kurang mcm berangan la) aku pn terus je drive kereta aku keluar dr tol selepas kereta depan aku bayar tol...pdhal palang tu buka sbb kereta depan aku bayar tol...disebabkan aku ni berangan so aku pn jalan jelah tanpa membayar tol...nasib baiklah palang tol tu tak hentak kereta aku kalo tak....isshhh tak tau la nk ckp mcm mna kan...tapi terkena jg la skit palang tol tuh, cuma tercalar sikit kat atas pintu depan sebelah kanan huhuhuhu :( Keluar je dr tol tuh barulah aku sedar rupa-rupanya aku tak bayar tol pn lagi...alamakkkkkk, mcm mana ni...huhuhu :( aku tengok dr cermin pandang belakang, budak tol tuh tgk je ke kereta aku....palang tu plak mmg stuck la..pastu ada org tol tlg angkat palang tu...aku mmg cuak gelabah sgt, tak tau nak buat pe...so aku pn terus la drive ke rumah kwn aku tuh mcm org yg tak bersalah, relaks je...

Aku pun cerita kat kwn aku & husband dia...dorg tanya la ada berhenti tak kat tepi tol turun gi tanya org tol tu..aku ckp aku tak ada pun berhenti, terus jalan je...then dorg kata, maybe org tol tu amik no.plate kereta & ada kamera rakam gambar....alamakkkk mcm mana nih...alaaaaa huhuhu :( Pastu boleh pulak husband kawan aku tu buat lawak kata nanti tol hantar surat kat aku minta suruh bayar RM1.60..dh settle ambil cookies dan berborak aku pn nak balik ke rumah aku...so kena la lalu tol Puchong selatan tu lg...ishhhh rasa mcm mana ntah tp aku buat relaks je...sampai kat tol tu aku pn bayar la RM1.60...nasib baik la tak ada apa2 tapi tak tau la lps drp hari ni mcm mna kn...Ermmm, apalah aku ni kan...so korang jgnlah buat mcm aku tu ye..tp aku tak sengaja sebenarnya....

Tuesday, October 26, 2010

Yong Taufu with Bihun Tomyam

Hari khamis lepas aku, pizin dan sidah ke Giant Seri Kembangan yang baru beroperasi pd hari khamis tu jg lah...org punya la ramai...parking pun susah nak dapat....dekat 30 minit jg la mencari parking..Then kitorg ke food court...Ermmm, food court nampak menarik sebab dorang menggunakan color2 yang ceria walaupun lantai food court tu best pn...org mmg ramai sesgt sebab 1st day buka & banyak sales..Utk lunch pd hari tu, aku memilih utk makan yong taufu (fav aku sbnrnya) instead of makan nasi...actually aku ni susah sikit nak buat pilihan makanan..So aku pun ke stall yong taufu...aku pilih 6 jenis je, tak nak ambil byk2 takut tak habis kn..then aku tambah kangkung dan bihun. Pilihan kuah pulak aku ambil tomyam instead of soup and kari..rasa mmg sedap tapi pedassss....harga memang murah la bagi aku, cuma RM5.80...bukan harga yang mengarut2 pun..Inilah yong taufu with bihun tomyam...If korang pergi ke Giant Seri Kembangan, korang try la cuba..

Adib @ pukul 3 am

Kelakar je tengok video anak sedara aku ni, muhammad adib arif b. mohd azral atau pn panggilan manjanya adib....adib ni mmg selalu dera mak ayah dia...kadang2 tuh sampai pukul 5am pn tak tido lagi....kesian kat mak dia la sbb pagi dh nak gi keja, ayah dia ok lagi la sbb keja sendiri...nih la adib yang dh berusia 6bln lebih...memang tak jemu tengok :)




Friday, October 22, 2010

Dinner ala western :)

Hari rabu lepas aku tak ada plan untuk keluar dinner sebab En. Pakwe balik kampung kejap melawat Family dia before dia fly balik ke Jepun. So tak ada la teman untuk makan :( Bila dah lapar, aku pun check stock dalam fridge tengok apa yang ada untuk di makan. Then, aku pun goreng telur, sosej (black pepper) dan masak daging ayam hancur...So inilah hasilnya untuk dinner aku..aku makan dengan roti :) konon2 ala2 western la hahaha :)

Tuesday, October 19, 2010

Mood tido lagi....zzzzzZZZzzz

Hari ini aku mood tido lagi...mengantuk tahap gaban punya...mmg tak boleh nak buka mata, tak boleh nak buat keje...tapi bukannya aku tak buat keje langsung..aku buat keje juga cuma bila dah mengantuk sgt tu nak buat keje pun tak boleh...bila dah start lelap je mata, mmg layan arr...tangan sebelah kanan statik je kat mouse hehehe :) kat desktop komputer aku buka design konon2 tengah buat keja..then terjaga kejap sebab panas..terus ke tempat pizin tido kat kerusi dia sbb kat tempat dia ada kipas angin...terlelap jap then aku balik semula kat meja aku...tersedar pun sebab ada kawan aku message nak ajak lunch sesama..dok kat meja sendiri ingatkan boleh sambung buat keje tapi tak..aku tetap sambung tido..pastu rasa mcm takut org tengok aku tido, (sbb tempat aku nih mmg kwsn org lalu lalang..) aku pn ke tempat pizin sekali lagi..kali ni aku tido kat bawah meja dia, mmg sedap la..bila tersedar aku tgk jam dah 1.15pm, kosong dah ofis aku ni sebab masing2 dah keluar pergi lunch..aku pulak sanggup tak nak keluar lunch dengan kwn aku semata-mata kerana mengantuk dan nak tido...bila aku tengok semua org dah keluar aku pun sambung tido lagi kat meja aku plak..tetiba bos aku lalu & dia cakap "haaaa...tido"...aku pun tengok jam, oooo dah pukul 1.50pm...then dengan selambanya aku pun jawab kat bos aku "belum pukul 2pm lagi.."...pastu aku terus terjaga...lepas terjaga dari tido aku pn melepak sekali dengan pizin & amy sambil makan goreng pisang & ubi...sampai la sekarang ni aku tak mengantuk dah hehehe :)

Oh ye korang semua mesti tertanya-tanya kan kenapa mood aku mengantuk & tido je kat ofis...dari minggu lepas hingga ke minggu ni...Latetly aku memang terlalu letih & tak cukup tido juga tak cukup rehat...terlalu busy dengan aktiviti sampai ke awal pagi (lewat malam)...korang jangan la ingat yang bukan-bukan..Actually, aku teman si Dia itu jumpa orang...sejak dari hari jumaat sampai semalam kitorg keluar jumpa orang hingga ke awal pagi..cuma hari ahad malam je tak keluar itu pn sebab siang tu dah seharian keluar...terlalu letih la badan ni...merungut jg pd dia nak pergi massage badan tapi dia tak nak pulak...huhuhu :( kena tunggu dapat gaji then nak juga ajak dia pergi massage badan...dah penat bekerja tu tibalah masanya untuk kita memanjakan diri kan, betul tak...hehehe :)

So oklah korang...nak sambung buat keje..report bulan ni tak siap lagi...esok dah kena submit..happy tuesday..hehehe :)

Friday, October 15, 2010

Proton INSPIRA

Seminggu yang lepas semasa aku on the way ke Sungai Petani dari KL dengan En.Pakwe, aku terserempak dengan 4 buah kereta yang pada ketika itu belum tau lagi nama apa..Masa kitorg berhenti kat Hentian Behrang, kitorg nampak ada 4 buah kereta yang ditutup penuh dengan kanvas..So kitorg agak mesti kita baru yang belum dikeluarkan lagi..apa lagi kitorg pn tunggu la lama sikit kat hentian tu semata-mata nak tengok kereta apa sebenarnya...bila org2 yang bawa kereta tuh dh ready utk bergerak, dorg pn buka la kanvas tu...so apa lagi, mmg kereta baru dari proton...aku masa tuh mmg panggil Waja Lancer la sbb mmg tak tau exactly nama apa kn...mmg cantik, mmg tough body & mmg bergaya....

Finally Proton INSPIRA dipromosikan..
Ini adalah antara gambar2 yang telah dihantar ke email aku pagi tadi...so aku share la dengan korang semua...apa tunggu lagi, sapa yang nak booking tu cepat la call proton...

Tido...tido..tido...zzzzZZZzzzz

Hari ni aku rasa tak bermaya sgt...keletihan dan kelesuan...tido je kt meja ni kt depan PC, konon2 kalo orang lalu lalang kt belakang aku nih so boleh la cover nampak mcm aku tengah buat keja padahal aku tetido..bila dh kena tegur dgn colleague aku pn pergi kat meja pizin sambung tido kat situ...then, dari aku tido kat kerusi empuk pizin tu aku ubah tido kat bawah meja dia...mmg mengantuk dan tak bermaya sgt, nak buka mata pn tak bleh apatah lagi nak angkat kepala..rasa pening je...maybe aku tak cukup rehat kot sejak dari minggu lepas lagi, semalam plak aku demam tp tak pergi klinik pun check....Ermm, report belum buat lagi ni...20hb dah nak kena submit...Ermmm, agaknya petang nanti apa yg aku akan buat samada sambung tido ataupun sambung buat keje..

Wednesday, October 13, 2010

Congrats to Dr SMS

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya, Dr Halina Mohd Yunos selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pd 10 Oktober 2010 (10/10/10). Tahniah kpd kedua-duanya. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...

Friday, October 8, 2010

Clock Spring

PROTON AFTER SALES - Safety Recall Exercise
At PROTON, safety is our priority. We have identified a possible safety concern on the Proton Gen.2 1.6 A/T with auto-cruise function and Satria Neo 1.6 A/T with auto-cruise function, manufactured between April, 2004 to June, 2008. These models may possibly carry defective Clock Springs
The Clock Spring connects the switches and airbag in the steering wheel to the radio, horn and cruise control.

What do you need to know?

Recent inspections by PROTON engineers have revealed irregular performance in Clock Spring components of the Proton Gen.2 1.6 A/T and Satria Neo 1.6 A/T models equipped with the auto-cruise function, manufactured between April, 2004 to June, 2008.

The irregular performance of the Clock Spring can lead to various instances:
1. Noises when turning the steering wheel.
2. Unintentional triggering of the car horn.
3. Malfunction of car audio remote button on the steering wheels.
4. Self-deployment of the air bag.
5. Unable to start car due to short circuit of the electronic components.

Kereta Gen-2 aku...

Selepas aku baca paper hari nih & ada colleague yang hantar email kat aku (thanks ek pie..), then aku pun buka la website http://www.protonaftersales.com/ untuk check sama ada kereta Proton Gen2 kesayangan aku tu nak kena hantar for inspection atau pun tak...Aku dengan riang hatinya key in la segala info yang diminta...Nak tahu apa keputusannya??? korang tengoklah gambar kat bawah nih....
Ermmm, so next week aku nak kena la bawa pakwe kesayangan aku ni buat inspection kat mana-mana Pusat Servis Proton yang berdekatan...ada colleague aku cakap, "depa ganti kereta baru sebiji pa..ekekeke"...kalo lah ganti kereta baru, aku rasa bukan takat aku sorg je yang nih, sah2 semua org nak...hahahaha :)

So, korang yang ada kereta Gen-2 atau pun Satria Neo baik korang check kat website ni http://www.protonaftersales.com/ tapi korang kena la ingat nombor chasis kereta korang ye...korang mesti tertanya-tanya kan kat mana nak dapatkan nombor chasis? Korang boleh tengok nombor chasis samada  kat geran kereta ataupun buka bonet depan...kat situ ada nombor chasis...Jangan lupa check ok..


PROTON AFTER SALES - Safety Recall Exercise
If you drive a Proton Gen.2 or Satria Neo that was purchased between April, 2004 to June, 2008, we advise you to contact your nearest PROTON authorised service network to book an appointment for full inspection and rectification work by our engineers.
Please visit this website: http://www.protonaftersales.com/

PROTON tarik Gen2,Neo

Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2010/10/08
KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan di antara 2004 hingga 2008 disebabkan kerosakan pada komponen 'clock spring' yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata komponen terbabit menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.

Katanya, ujian rutin mengenal pasti kerosakan pada ‘clock spring’ menyebabkan bunyi geseran dalam stereng, hon berbunyi atau lampu kereta terpasang sendiri, kerosakan suis kawalan audio dan dalam kes lebih serius boleh menyebabkan pelepasan beg udara di bahagian pemandu.

Beliau berkata, panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton membabitkan 15,911 unit atau dua peratus daripada 660,000 unit kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh berkenaan.

“Meskipun bilangannya kecil, keselamatan pelanggan kami sangat penting dan kami memohon maaf berikutan masalah itu.

“Kami berharap pelanggan memahami bahawa panggilan semula ini perlu untuk memastikan keyakinan berterusan terhadap keselamatan dan prestasi kenderaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Pemilik kenderaan yang terbabit boleh menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma.

Semua kos buruh dan peralatan yang berkaitan penggantian ‘clock spring’ akan disediakan tanpa caj di pusat sah Proton di seluruh negara.

Proton akan menghantar surat kepada pelanggan yang terbabit untuk memaklumkan mereka mengenai perkara itu.

Pada masa sama, Proton membuka laman web khusus, www.protonaftersales.com untuk membantu pelanggan menyemak tahun pengeluaran kenderaan masing-masing.

Wednesday, October 6, 2010

Ape?? Error...

Tengah hari tadi aku malas nak keluar lunch...pada hal cafe sebelah ofis je..masih rasa kekeyangan lagi sebab pagi tadi aku breakfast nasi kerabu..thanks ye amy sebab ajak keluar lunch hehe :) Dah tak tahu nak buat ape aku pun teringat la nak buka Facebook (FB) aku...sekali haaaa error...aikkk aku tak boleh masuk FB ke...aku try lagi sekali tapi error gak...huhu :( alamakkkk macam mana ni, isshhh takkan lah boleh error pulak tetiba...aku bukannya buka guna internet ofis pun, aku guna broadband ok...kalo guna internet ofis memang tak boleh masuk langsung time ofis hour sebab ofis nak staff dia semua concentrate buat keje..then seteleah berkali-kali aku try, finally aku dapat juga masuk FB...Fuhhhh lega giler...menggelabah la juga aku tadi...So lepas nih happy facebooking.... :)

Tuesday, October 5, 2010

Resepi Miza: Kek Batik Biskut Marie

Entry kali nih aku nk cerita psl Kek Batik Biskut Marie...cik sidah teringin nk makan kek batik biskut marie, so aku pn buat la Kek Batik Biskut Marie ni sempena Jamuan Raya MENT...tak tahulah sedap ke tak..yg penting aku buat Kek Batik ni ikhlas dari hati aku.. :)

Hari sabtu lps blk dr KL aku terus ke Jusco beli barang2 utk buat Kek Batik nih..masa nk blk dr Jusco tuh, hujan punyalah lebat giler...mcm ribut haaaa siap dgn guruh kilat lg tp aku tetap bkeras hati gak nk blk rumah..so settle la aku membeli brg2 utk membuat Kek Batik...

Then, hari ahad tuh aku pn ready utk membuat Kek Batik..senang la jg nk buat Kek Batik ni. Ni antara bahan-bahan utk membuat Kek Batik Biskut Marie...
Biskut Marie (300gm) Munchy's
1 tin Susu cair Marigold
1 ketul Buttercup (brand buttercup)
1 Cawan Besar (mug) Milo
3 Sudu besar Serbuk koko
3 Sudu besar Gula

* bahan-bahan tu terpulang la pd korang nak guna dari brand mana...ikut kesukaan hati masing2..

Cara membuatnya:
1. Biskut marie dipatah-patahkan...
2. Bahan-bahan di atas kecuali biskut marie dimasak terlebih dahulu..masukkan buttercup, susu cair, milo, serbuk koko & gula..masak dgn api kecil sehingga semuanya sebati..
3. Masukkan biskut marie & gaul/kacau sehingga sebati...
4. Masukkan ke dalam loyang ataupn tupperware & mampatkan..
5. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk..
So dh ready utk di makan...inilah hasilnya Kek Batik Biskut Marie...mesti ramai yang tau buat Kek Batik sebab inilah antara kek yang paling senang dibuat sbb kek tak perlu dibakar pn...
Teringat lagi masa dulu-dulu masa dok kt hostel kt UTM aku dgn budak-budak junior blok aku mmg rajin masak Kek Batik Biskut Marie ni sbb senang utk dibuat..kitorg masak dlm rice cooker je then masukkan dalam tupperware..lps tuh dibiarkan sejuk mcm tu je di bwh kipas siling (masa ni mana la nk ada peti sejuk ke ape, nama pn dok kt hostel kn)..tp tetap sedap di makan...

Jamuan Raya MENT 2010

Semalam 04 Oktober 2010 bersamaan dgn 25 Syawal 1431 hijrah, ofis aku iaitu Program MENT telah pn selamat mengadakan Jamuan Raya secara port luck...setiap org akan membawa menu yang telah ditetapkan..mmg best & meriah, inilah pertama kali MENT buat jamuan raya di ofis ni..


Terima kasih kpd org kuat program majlis jamuan raya, sidah...terima kasih jg kpd semua yang telah menjayakan jamuan raya kali ini...makanan mmg sedap semuanya, siap boleh berulang makan byk kali...


*credit to zulfadli for the pictures..

Maher Zain - Open Your Eyes



I like this song...this video..Open your eyes...Thanks to Allah

Monday, October 4, 2010

Kebosanan melanda...


Bila kebosanan melanda diri....
Semangat pula melayang-layang pergi...
Muka tampak keletihan seolah-olah terlalu keletihan dengan aktiviti..
Tapi tiada apa aktiviti yang aku lakukan meletihkan aku...
Mood yang ok dari pagi hari tetiba bertukar sekelip mata...
Dek kerana terlalu panas hati...
Dunia...dunia....
Oh dunia ini, penuh kepalsuan...mungkinkah tiada keikhlasan..
(kita nyanyi skit lirik lagu aisyah nih...)....


PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...