Friday, September 16, 2011

Kereta...Oooohh Kereta

Kali ni aku nak cerita pasal kereta aku pulak...memang kereta kesayangan aku ni walaupun pernah excident suatu ketika dulu (issshhh tak nak la cakap pasal excident ni, minta simpang la...janganlah jadi lagi ye)..1st kereta aku beli sendiri nih walaupun pada ketika aku beli kereta ni aku belum dapat gaji pada bulan pertama aku bekerja...alasan pada masa & ketika itu kenapa aku beli kereta ialah tak ada tiket untuk balik beraya..it was 5 years back...semata-mata kerana tiket bus habis aku terus pergi cari kereta then beli..kebetulan masa raya kan banyak promotion, so aku ambil promotion Zero down payment &; monthly payment for the 1st year murah, then 2nd year akan meningkat sikit, 3rd year naik lagi sikit then 4th year and forward naik lagi sikit & maintain sampailah habis bayar..so aku pun terus decide beli kereta Gen 2 1.6A High-End Spec Black color dengan no plate yang dipilih sendiri...This year kereta aku dah masuk umur 5 tahun..so you all nak tahu tak apa yang terjadi?

Ermmm macam-macam jadi you all...
1. Player rosak - boleh pulak la rosak..Boleh ON tapi tak boleh display & tak berbunyi...senyappp je..then decide tukar Player baru..so aku beli Player 7" display HD brand Passion made in Taiwan. Kos RM830 termasuk pasang dan tambah antenna tv. Dah pasang player baru ni dah tak boleh la guna Volume + Mode control kat stereng lagi huhu :(
2. Tayar 4 biji - tukar kat area Klang. Tayar size 15, tebal 60..buat alignment, balancing, adjust chamber...tak ingat pulak kos yang kena charge..
3. Wiper - tukar yang silicon punya so boleh tahan lama sikit..RM20 siap pasang kalo tak salah..beli kat Giant..
4. Bateri - tetiba pulak bateri kena tukar, cepatttttnya....last tukar bulan Dec 2009..so guna bateri sel kering brand GP, RM280..sepatutnya bateri sel kering ni boleh tahan lama kan....
5. Instructor (betul ke tak ntah ejaannya) + Ekzos - instructor nih memang dah lama kena tukar pun..crack, tinggal tak terbelah dua je lagi...ekzos tu bukan aku nk tukar pun sebenarnya huhuhu :( bunyiii ekzos tu fuuuhhhhh macam kereta sport...tapi minyak laju macam air...so total kos dalam RM690
6. Antenuator - Last tukar tahun 2007 sebelum tamat warranty, rosak sebab kena air..Mungkin disebabkan terkena air bah dalam bulan 4 kat Perlis so slowly rosak..sempat bertahan sampai bulan 7 after sebulan tukar bateri..kosnya RM550 sebab bukan yang original. Kalo original RM1100.
7. Leaking - aduhaaiii lepas sebulan lebih servis baru perasan ada leaking..nasib baik aku servis kereta kat pusat servis proton so dorang la check..
8. Body Kit R3 + bumper R3 - dalam RM600 tak termasuk cat dan pasang..yang ni beli kat Accessories Car K-Speed Sri Serdang...

Lepas habis tukar dan buat apa yang patut pada kereta aku ni, tibalah masa untuk di hantar ke bengkel cat..Yes, apa yang aku nak buat selama ni akhirnya dapat juga dilaksanakan...aku tukar cat kereta aku ke color Crystal White...yeahhh memang cantik...tapi now nak kena hantar semula kat bengkel cat tu sebab ada bahagian yang tidak memuaskan hati...Next nak buat pada kereta:
1. Tinted - actually kereta dah tinted sebelum ni tapi disebabkan nak masuk Puspakom terpaksalah tanggal semua tinted. Kos tinted ni minimum budget RM350 tapi maximum RM650 je..tak boleh lebih haha
2. Rim - nak kena tukar juga...adik2 & kawan2 dah komen suruh tukar rim..tapi tak tau lagi bila nak tukar

Inilah kisah pasal kereta aku sedikit sebanyak...semput juga la aku bila tiap-tiap bulan ada je yang rosak & nak kena tukar...tapi walaupun pun aku tetap sayang kereta aku ;) kalo tak ada kereta susah la nak bergerak ke sana sini..

Perfume..oohh Perfume

Oh ye tetiba terfikir macam nak buat list perfume hehe ;) saje je lah bukannya apa pun..tapi rasanya macam menarik juga kalo buat cerita pasal list perfume ni so lepas ni kalo nak beli perfume jangan beli yang dah ada dalam list hehe...kadang-kadang bila sampai masa nak beli perfume tu, rasa macam nak beli je semua bau yang aku suka tapi tak boleh la membazirkan...actually dah lama nak buat list perfume ni tapi lately tak sempat nak posting apa-apa kat blog...ok you all, malas dah nak membebel panjang lebar...so inilah list antara perfume yang aku dah guna & sedang guna tapi ada yang lupa juga la..apa yang ingat jerlah ye...
1. Flower by Kenzo
2. Island Kiss by Escada
3. Envy Me by Gucci
4. Luscious Pink by Mariah Carey
5. Delicious by DKNY
6. Just Me by Paris Hilton
7. Ralph Lauren - Ralph
8. L'eau d'Issey Pour Homme by Issey Miyake
9. Ralph Lauren Romance - beli kat Singapore during outstation 2009
10. Life by Jennifer Lopez - beli kat Singapore during outstation 2008
11. Samourai Women - Gift from Japan 2010
12. Still by Jennifer Lopez - Gift from Japan 2011 (belum buka kotak lagi, so belum guna la..)
13. Tommy Girl by Tommy Hilfiger - belum buka kotak lagi, tunggu perfume lain habis dulu
14. Miniature Island Kiss by Escada
15. Miniature Ralph Lauren - Romance, Ralph, Ralph Hot, Ralph Lauren Blue, Lauren Style (colleague tolong belikan kat US thn 2007)
16. Miniature Guess for Women
17. Miniature Jean Paul Gaultier for Women

Lupa nak tanya you all, you all suka perfume yang macam mana? aku suka perfume yang bau fresh & lembut..dulu-dulu masa zaman sekolah aku suka guna body spray Impulse, Gervene, Enchanter tapi aku paling suka guna Impulse la..sulu zaman sekolah itulah pun yang termampu tapi bila dah keje lain la pulak..

Monday, August 1, 2011

Lafaz Niat Puasa

Lafaz Niat Ringkas

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz Niat Lengkap

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lafaz Niat Untuk Sebulan

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Jangan lupa niat puasa & selamat bersahur u alls...Happy Fasting!!..BERPUASA bukan sekadar menahan daripada LAPAR & DAHAGA...


Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 2011 & Selamat Berpuasa

Sempena Ramadhan yang bakal tiba..Saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada semua kenalan di atas segala kekhilafan..Moga Ramadhan kali ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diberkati oleh Nya..Insya-allah..Selamat Berpuasa rakan-rakan, kenalan, sahabat handai, kaum keluarga :)

 Oh ye u alls...tetiba pulak aku terlintas nak share antara mesej/SMS yang aku terima daripada kawan-kawan aku sempena Ramadhan & puasa yang bermula esok hari. Ini antara message yang aku dapat:-

Jangan lupa setting NIAT, Upgrade IMAN, Download SABAR, Upload USAHA, Delete DOSA, Update DOA supaya dapatlah Redeem PAHALA banyak-banyak! Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Berpuasa..

Peluklah RAMADHAN ini seerat mungkin, kerana tiba masanya kita terpaksa melepaskannya...andai RAMADHAN ini yang terakhir, semoga ia yang terbaik disisi-NYA. Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Naik Bas ke Kuala Linggi, Singgah Sebentar ke rumah En Musa
Nak ucap Selamat Hari Raya, raya lambat lagi..Ucap dulu Selamat Berpuasa!
Selamat Berpuasa..

Let's Welcome the beginning of Ramadhan with pure devotion to ALLAH and his highest blessings for us. Salam Ramadhan Al-Mubarak..

Selamat berpuasa & solat terawih..Di harap di bulan Ramadhan ini kita beroleh keberkatan dari Allah swt..Bersama-samalah kita memperbanyakkan amalan..

Good save by Malaysia's goalkeeper

Good save by Malaysia's goalkeeper during FIFA World Cup Qualifier Match on 28 July 2011. Malaysia vs. Singapore at Staduim Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Malaysia disqualified and lost the game with aggregate 6-4.



Monday, July 18, 2011

Teks: Membina Sejarah Kehidupan

Kehidupan kita pada hari ini adalah rentetan daripada sejarah kehidupan yang lalu. Maka kehidupan pada hari akan datang adalah bergantung kepada sejarah yang telah & akan kita cipta pada hari ini. Sejarah yang telah & akan terbina itu adalah bergantung kepada kita.

Siapakah kita? Kita ialah belia yang merupakan kelompok masyarakat yang sangat penting kerana belia adalah pencorak generasi akan datang. Keadaan generasi akan datang bergantung pada keadaan dan pembinaan belia hari ini. Jika keadaan belia hari ini baik dan pembinaannya sempurna, maka besar kemungkinan generasi di masa akan datang juga akan menjadi baik dan begitulah sebaliknya. Bahkan, sejarah menunjukkan bahawa belia bukan sahaja bermanfaat di hari muka tetapi juga berpotensi untuk memainkan peranan yang penting semasa umur belia dan muda.

Ramai di antara kita beruntung kerana diberi nikmat pendidikan yang lebih tinggi dan nikmat harta yang melimpah ruah. Tetapi, Masih tidak terlambat untuk kita membina satu wawasan dan berusaha keras bagi mencipta sejarah yang tersendiri dan meninggalkan sesuatu bagi generasi pada hari ini. Sesuatu yang bukan hanya dilihat sebagai legacy. Namun, kita tidak akan dapat mencipta sejarah dan meninggalkan legacy, sekiranya

1. Berjiwa kecil…. tiada keyakinan pada diri sendiri, tidak mampu mengurus diri sendiri, tiada semangat 'yakin boleh', tidak berani mencuba….

2. Berakal kecil…. sibuk dengan perkara remeh, sibuk dengan masalah dari melihat peluang, tidak mampu mengekalkan idealisme yang wajar, tiada wawasan dalam hidup, pesimis …..

3. Beramal kecil….. tiada kesungguhan dalam perjuangan, mudah putus asa, lokek dalam pengorbanan, berpuas hati dengan apa yang ada, mediocre dalam semua perkara…..

Kita tidak bernostalgia dengan pencapaian generasi yang lalu, kecuali sebagai dorongan untuk kita berlumba mencipta sesuatu bagi generasi hari ini dan akan datang agar kita terus dikenang

Selagi kita masih hidup, sejarah generasi ini berada dalam diri kita dan di tangan kita.
Ini bermaksud nasib sesuatu bangsa akan bergantung pada apakah bentuk wawasan yang ada di minda belia mereka. Pencapaian wawasan berkenaan pula bergantung pada usaha keras mereka.

Oleh itu, adalah penting untuk para belia mempunyai wawasan. Wawasan ini haruslah sebuah wawasan yang besar bagi dirinya dan masyarakatnya. Belia yang tidak mempunyai wawasan ialah belia yang potensinya akan terbazir. Belia sedemikian akan terumbang-ambing hidupnya tanpa tujuan dan perancangan. Dalam banyak keadaan belia seperti ini hanya akan memenuhkan hidupnya dengan hiburan dan permainan semata-mata kerana dipengaruhi oleh hedonism Barat. Kegagalan akan bersama belia seperti ini sebagaimana ungkapan kata berikut: “One who fails to plan, plans to fail”

Masyarakat yang mempunyai belia seperti ini ialah masyarakat yang pasti akan menuju pada kehancuran. Sedangkan belia yang hanya berwawasan bagi manfaat dirinya dan hidupnya hanya dipenuhi dengan sesuatu bagi memenuhi keinginan peribadi semata-mata ialah belia yang mementingkan dirinya sendiri.

Maka jadilah belia yang berwawasan. Namun wawasan sahaja tidak mencukupi. Wawasan berkenaan haruslah didokong oleh keperibadian yang baik. Hanya belia yang berperibadi yang sesuai sahaja akan benar-benar mampu menjayakan wawasan yang di dokong oleh ciri-ciri tambahan berikut:
  •  Sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan diri dalam semua bidang dan berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi
  •  Komited pada usaha untuk membangun masyarakat
  •  Mampu untuk bekerja secara kolektif dan berorganisasi
  •  Sedia memimpin
  •  Kompeten dengan keperluan semasa
  •  Berminda luas dan berfikiran global dan universal


Maka Jadilah Belia Yang Mencipta Sejarah. Belia yang bukan hanya bernostalgia dengan kegemilangan datuk neneknya atau sejarah masa lalu tetapi belia yang ‘berbangga’ dengan sumbangannya yang bermakna dan mencipta/membina sejarah tersendiri.


Dari Mata Pena Ku;

Tuesday, July 12, 2011

Attendance

Ohhh my god....I need to manage my attendance..that is mean my time management is not good..I must change the strategy in order to improve my time management, refer to the working attendance..so so so...adusss :( :( Before this our office implemented red color after 9am so that if we come after 8.30am the attendance still black color even our working time is 8.30am. But, Our new management decided to change the system. Yesterday we checked our attendance....goshhh, the red color more than black color...huhuhu :( arrrgghhh tak puas hati la macam ni...

Sunday, July 10, 2011

Promosi Biskut Raya 2011


Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ejen & pemborong boleh hubungi Miza 012-322 4549. Harga ejen & pemborong kami sgt istimewa....


Friday, June 17, 2011

Jangan Kau Pergi - OST NoraElena



tak pernah kurasa begini
kumenyintaimu sepenuh hatiku
ternyata hanyalah dirimu
yang mengerti aku sepenuh hatimu

ku inginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

ternyata hanyalah dirimu yang amat ku rindu
kurindu selalu
kuinginkan selalu terhentinya waktu
supaya kita terus bersama

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
ooooo

janganlah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh
ooooo

jangan lah kau pergi tinggalkan diriku
sendiri jauh darimu
ku perlukan kamu inginmu selalu
temani jalan hidupku
janganlah kau pergi


Asfan - Terhenti Di Sini (OST Nora Elena)

Sedangku membaca wajahmu
Senyumanmu menggambarkan sesuatu
Jika kau fahami isi hatiku
Ku tak ingin waktu henti tanpamu

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menangung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
kerna ku masih terhenti di sini

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta

Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini
Dan jalanku masih belum dapat ku pasti
Namun diriku masih terhenti di sini

Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta
Tiada daya untuk ku lakukannya
Kau tiba, di waktu ku masih punyai cinta


Sofaz - Sesuatu Yang Berbeza (OST Nora Elena)



Sofaz - Dan Bila Esok (OST Nora Elena)

Lagu Dan Bila Esok nyanyian Sofaz ni telah dijadikan lagu tema Nora Elena yang ditayangkan untuk Slot Akasia pada setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 petang - 8 mlm. Meh kita layan video ni...



Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya


Erry Putra & Reen Rahim - Berubah (OST Nora Elena)

Lagu Berubah juga OST Nora Elena...dinyanyikan oleh Erry Putra & Reen Rahim...Reen Rahim ni aku tak tahu le sape, tapi Erry Putra ni salah seorg pelakon Nora Elena yg memegang watak sebagai Insp. Amir...Jom Kita Layannn...



P: Kau berikan ku waktu 
Untuk bersamamu meniti hari 

L: Tak puas bagiku dan kau pun berlalu 
Tinggalkan ku sendiri 
Kelam seluruh jiwaku 

P: Ku ingin benar bersama denganmu 
Dan kau pun menjauh 
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku . . .

L:Kau yang ku kenali 
Dan kini menjadi insan yang lain 
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

L/P: Semua telah berakhir

L/P: Ku ingin benar bersama denganmu 
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah 
Apakah salahku

Thursday, June 16, 2011

Teks: Rakan Sebaya - Kawan atau Lawan

 
Apa yang anda faham dan tahu mengenai Rakan Sebaya?

Definisi Rakan Sebaya menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 ialah sahabat yang sama umurnya. Rakan Sebaya juga ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama.

Persoalannya, apakah kepentingan Rakan Sebaya dalam kehidupan kita? Adakah Kawan atau pun Lawan?

Rakan Sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadang kala boleh mempengaruhi dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan Sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah  akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain.

Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya
yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.

Rakan Sebaya bukan sahaja mempengaruhi seseorang individu secara negatif melalui pujukan dan paksaan tetapi juga secara positif dengan menberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat Rakan Sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka.

Untuk pengetahuan kita semua, Rakan Sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Satu sebab utamanya ialah mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka faham sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan Sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati. Tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita kerana ada yang akan cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun bukan itu niat mereka. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah fakta. Pengaruh Rakan Sebaya memang antara sebab utama yang boleh membuatkan pelajar bukan saja bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin. 

NASIHAT SAYA, dekati rakan-rakan yang berfikiran positif, rajin dan bersemangat tinggi untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan masa yang kita luangkan dengan pelajar-pelajar yang malas, bermasalah disiplin dan suka merungut. Gabungan tindakan kita ini akan menaikkan semangat kita untuk belajar dengan lebih baik.

Selain itu, Rakan Sebaya adalah antara agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu kerana mereka merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai Rakan Sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran daripada kumpulan Rakan Sebaya yang mereka ikuti kerana Rakan Sebaya dapat mencorak personaliti individu tertentu. Pakar Psikologi Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepada seorang remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosi dan fikiran akan mendorong remaja memperluas dan memperbesarkan kuantiti dan jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan segala masalah dan perasaan mereka kepada rakan Sebaya berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa yang lain. Hal ini demikian kerana Rakan Sebaya dianggap lebih memahami sikap dan perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka ingin membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa.

Oleh itu. Pendekatan logikal ialah menggunakan remaja utk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan sayart mereka dilatih dan diselia dengan teratur. Oleh itu, disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli-ahli PRS hendaklah dipantau bersama  kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa. Pada Perhimpunan Belia 2011 di Kuching Sarawak, Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan bahawa kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling sangat penting bagi mengatasi pengaruh negatif Rakan Sebaya agar tidak terlibat dalam aktiviti anti-sosial.

Tuntasnya, Rakan Sebaya memainkan peranan yang penting di dalam menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih Rakan Sebaya. Bukan semua Rakan Sebaya patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Samada berperanan sebagai seorang kawan atau pun berperanan sebagai seorang lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih Rakan Sebaya pasti akan mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin. INGATLAH, rakan ketawa mudah dicari, rakan menangis sukar dicari...

 

Bz...Bz...Bz...

Hi All...dah lama tak menulis kat sini..terlalu bz sgt...nk upload gambar bercuti kat Tioman pn tak sempat...tapi hari ni alhamdulillah mcm free skit la tp masih lagi ada urusan lain...Nasib baik keje sekolah aku dah siap....nanati aku share kat sini pasal keje sekolah yang aku kena buat tu ok...korang bayangkanlah dalam 2, 3 minggu nih aku asyik bz ke sana sini settlekan apa yang patut psl kereta...psl KERETA??? jeng jeng jeng....korang tunggu jelah yer, nanti dah settle semua aku akan cerita kat sini...memang memenatkan asyik ulang-alik ke KL, Cheras & jg Bangi...ooohh yer termasuklah ke Seri Kembangan & Shah Alam...bukan takat badan je yang penat, duit pun agak memenatkan bila minyak kereta mengalir umpama air....huhuhu ;( ;( Selain itu, aku jg tgh bz dgn PROJEK BISKUT RAYA yang akan dilancarkan bermula malam ini...Alhamdulillah sample semua dah ready & sticker untuk bekas biskut raya jg dah aku siapkan...cuma flyers jelah belum buat apa2 lagi & lepas nak kena buat marketing & promotion le....Ermmm, harap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Oklah nanti aku tulis lagi kat sini yer...Nanti dah free skit aku upload gambar bercuti di Pulau Tioman...Oh ye, gambar aku ke Taiwan pada Feb hari tuh pn aku belum share lagi kat sini kan...Ok2, nanti aku share ye...sabar ye u alls....


Tuesday, May 31, 2011

Selamat bercuti Sekolah



Hi All...apa aktiviti korang semua sepanjang cuti sekolah ni yg dah start sejak sabtu lepas 29hb? Utk yg dh ada anak bersekolah for sure korang dah ada plan kan nak buat apa selama 2 minggu ni tp utk org bujang mcm aku ni...ermm just buat hal sendiri le hehehe :) 
Actually aku baru je balik dr bercuti kat Pulau Tioman bersama geng2 ofis aku...yg dh kawin tuh mmg bawa family termasuk anak2 sekali..best la jg masa kat sana, byk aktiviti yg kitorg buat ;) nnti aku upload gambar ok..nak kena edit gambar dulu dan tunggu kawan2 aku upload ke dalam sistem.so kpd korang semua selamat bercuti, plan la betul2 aktiviti...sure best cuti korang ;) oklah korang, aku nak balik keje dah ni...hari ni lemau je kat ofis, semalam sampai dr Tioman pukul 11mlm..So utk korang semua

HaPPy
ScHooL HoLiDaY...!!!


Thursday, May 19, 2011

Lagu Tema Nur Kasih The Movie - Bertemu Cinta

Ermmm, lagu ni pulak yg dinyanyikan oleh Mila Jiran...dgn vokal yg mantap, lirik & lagu yg best...fuhhhh menusuk kalbu aku ni...Meh kita layan lagu Bertemu Kasih ni...




Lirik Lagu Bertemu Cinta - Mila Jirin


Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Bertemu cinta
Kita akhirnya
Setelah tangis
Tanpa suara
Bertemu cinta
Bagai cahaya
Menyuluh hati
Menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan
Bertemu cinta
Di ambang syurga
Mengutus doa
Biar menjadi anugerah

Bertemu cinta
Indah sempurna
Sedetik tidak
Hilang ragu dan percaya


OST Nur Kasih The Movie - TANPAMU

Korang semua....meh kita pakat2 layan lagu OST Nur Kasih The Movie ni...layannnzzzz...



Tanpamu – Sabhi Saddi dan Helena

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Chorus
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini
Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu

Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya

- Chorus -

Kasih yakinlah kepada diriku
Sayang dan cintaku pun hanya untukmu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu

Tuesday, May 17, 2011

Aishiteru

Meh Kita layan lagu ni dari Zivilia Band..Lagu yg best & lirik yg simple...tp maksud sampai beb..Lagu ni OST drama Cinta Melody yg tgh ditayangkan kat Astro Ria...



Thursday, April 28, 2011

Kehilangan.....

Pd hari Isnin 25hb April 2011 jam 8.00 mlm maka kembalilah seorg hamba Allah ke rahmatullah..Seorg yang amat disegani, dihormati, dikagumi...kehilangannya amat dirasai & sukar dicari ganti...Dia ialah Allahyarham Dr Abdul Fatah Awang Mat...
Pd aku dia bkn saja seorg bos yg baik tp dia umpama seorg ayah & jg sahabat yg baik....segala masalah stafnya (staf lbh drp 300org) didengari dgn baik & dia akan cuba memberi nasihat, pendapat & penyelesaian..tidak pernah merungut bila mendengar masalah staf, tak kiralah masalah kerja atau pn masalah peribadi...ceritalah segalanya pada dia pasti dia akan mendengar dgn baik...


Apa yg paling aku terasa ialah setiap kali result KPI keluar, dialah org pertama yg akan contact aku tanya psl result samada puas hati atau pn tak...itulah bos aku, itulah sahabat baik aku....apa yg tinggal kini cuma secebis kenangan yg tak kan dilupakan sampai bila-bila...kenangan yg amat bernilai & bermakna...bukan aku je tp kwn2 aku jg..Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah, moga rohnya dicucuri rahmat & ditempat dikalangan org-org yg beriman...aminnn....


Friday, April 15, 2011

Jumpa Chef

Entry kali psl ape ek nak tulis...ermmm blurr jap...almaklumlah dh lama bebenor aku tak update & tak menulis kat blog ni..aku banyak menulis kat facebook note je...oh ye, baru aku teringat...2 hari lps aku jumpa dgn seseorg yang agak dikenali ramai jg skang ni...korang nak tau sape? aku jumpa chef khairi..inilah chef khairi yg namanya semakin hari semakin dikenali ramai...

Best borak dgn dia, very friendly...bila discuss dgn dia pn, byk betul idea dia...byk pengalaman & knowledge..so korang nak tau tak apa yg kitorg discuss? ermmm, yang tu kena tunggu la...NEXT...tak boleh bgtau skang ni, nanti dah tak surprise dah hehehe ;)

Thursday, April 7, 2011

Dah Bersawang..


Dah lama aku tak update blog aku ni, almost 4 months....uishhhh mmg bersawang la, penuh dgn labah2...penuh dgn lalang, hidupan liar...ape lg ek...aku terlalu bz utk menjenguk blog aku ni...selama 4bln ni mcm2 yang berlaku pada aku..suka, duka, gembira, sedih...semuanya ada...sentiasa berperang dgn perasaan....so lepas ni nantikan update drp aku ye....thanks sudi follow blog nih lagi =)

Thursday, March 31, 2011

Aku & 50 Tips Pikat Lelaki...

Masa kat ofis, aku sibuk dok scroll website sana scroll website sini...apa yg dicari pn tak tau la...keja ade je, bknnya tak ada tp masih lagi nak mencari sesuatu kat website & search kat google..Then, aku terbaca sesuatu kat 1 website ni yg topiknya byk psl cinta hehehe...satu persatu aku baca dgn penuh teliti...setiap baris yg aku baca aku link & ingat setiap apa yg berlaku dlm hubungan aku dgn En Pakwe...Ohhh my god, terlalu byk salah yg aku lakukan...aku mmg menyesal sgt2 dgn apa yg telah berlaku sebelum nih...Ooooo tidak, byknya salah aku pd dia...Berkali-kali dia minta aku bercakap lembut dgn dia, jgn berkasar dgn dia tp semua permintaan tu aku tak pernah pn ikut, aku buat ikut kehendak hati aku sbb aku mmg bkn jenis perempuan yg lemah lembut..Tp bila aku baca 50 Tips Pikat Lelaki, then baru aku sedari segala-galanya..Nasib baik masih belum terlambat..Then after Office hour, aku jumpa En Pakwe..aku minta maaf dgn dia di atas segala kesalahan aku pd dia..kerana bg aku masih belum terlambat utk aku betulkan segala-galanya utk hubungan aku dgn dia...Utk itu, aku sanggup berubah...berubah ke arah kebaikan...Pd aku, kalo sebelum ni dia ada cr perempuan lain pn aku terima hakikat tu sebab aku byk salah pd dia walaupun telah byk pengorbanan yg aku lakukan utk dia...Apa yg penting, dia masih menerima aku & sentiasa bersabar dgn aku kerana dia amat menyayangi aku & hubungan ini...So, nilah 50 Tips PIKAT LELAKI...Selamat Membaca...~

50 TIPS PIKAT LELAKI
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Agresif.
29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja.Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!


Tuesday, February 15, 2011

Lara Hati...


Seringkali hati disakiti....
Seringkali hati didustai...
Seringkali hati dicurangi...
Seringkali hati dilukai...

Hati menjadi mangsa....
Jiwa pula menjadi lara...
Kenapa diperlakukan sedemikian rupa...
adakah sekadar utk menguji atau untuk apa...

Hampa & kecewa...duka & lara...
saban hari saban waktu....
tiada bertemankan gembira...
hanya air mata menjadi teman setia....

wahai angin...kau bawalah rasa ini jauh dari sini...
sesungguhnya aku rindukan bahagia.... 


P/s: nukilan rasa oleh mieza..5.20pm 15/2/2011


PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...