Friday, August 21, 2009

~ Selamat Berpuasa ~


Bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan yang lain kerana padanya terdapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Kita akan berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Puasa merupakan satu terapi untuk kita bemuhasabah. Ibadah puasa harus dihayati melangkaui takrif menahan diri dari lapar dan dahaga. Ia menuntut kesabaran dan memberi kekuatan pada mereka yang memanfaatkannya sebaik mungkin.

Sempena bulan Ramadhan yg bakal menjelang ini, aku ucapkn selamat berpuasa pd seluruh umat islam di muka bumi ini..Kepada kenalan-kenalan aku maafkan segala salah silap ku selama ini..selamat menjalani ibadah puasa dgn penuh kesabaran..

To my family, sekali lagi kita tak dapat nk menyambut 1st day puasa bersama-sama..andai anakmu ini di Malaysia, sudah tentu aku akan pulang ke kampung pd hari ini untuk sama2 menyambut kedatangan Ramadhan..Apa2 pn mak & ayah, doakan anakmu selamat menjalani ibadah puasa di perantauan (sib baik 3 minggu jerk)..tunggu kepulangan anak mu ini untuk sama2 berbuka puasa di kampung nnti ye.. :) To my adik, congrats coz dh pregnant 1st baby after 2 years kahwin..(td mak bgtau kt aku, katanya dh 6 weeks eh)...


Salam Ramadhan;
Miza
Hsinchu, Taiwan
21/08/2009

No comments:

Post a Comment

PART 2 - Kisah SADIS lagi TRAGIS Nak ke PAK BARA Tak Kesampaian

PART 2 . . Masa lalu nak lepas border tu, punya panjang giler orang beratur nak cop border. Miza drop mak siap-siap utk que kat situ. ...